Sudah 3 minggu berlalu, baru hari ini aku menjejak semula ke rumah keluargaku di Selayang. Aku balik nih pon mungkin kerana lebih nak menjaga hati ibu bapaku, 2 minggu sebelumnya ada juga ibuku telefon aku bertanya khabar, tapi minggu seterusnya ibuku seolah-olah hampa, bila dipelawa pulang ke rumah, tapi aku tidak mahu mungkin kerana terlalu banyak assignment dan aktiviti-aktiviti lain bersama kawan2. . . .
Jadi, hari ini aku dah ada di rumah, seperti yang aku jangka mesti aku sampai je depan rumah dengan motosikal, ayah aku mesti ada dkat area mini fountain, ayahku nih sejak dua menjak, dah minat berkebun dan berlandskap, saya kagum dengan ayah!=) dan ketika aku membawa masuk motorku ke kawasan rumah, lalu ibuku tersedar dan telah menyambut riang kepulangan satu-satunya anak lelaki yang ibuku ada. Lalu aku mencium tangan ibuku, yang sudah lama tidak ku cium. Perasaan rindu itu menjelma sebentar. Tika aku menjejak masuk ke muka pintu, aku ternampak Kakakku yang kedua dan suaminya sedang bersama anaknya yg masih kecil iaitu, Adif.(sedap namanyakan). Mata anak kecil itu tiba-tiba sahaja memandang tepat kepadaku seolah-olah ingin mengingati siapakah aku?Aku hanya bertindak tidak mengendahkan anak kecil tersebut, lalu masuk ke bilik ku, dan meletak beg pakaian dan komputer riba di dalam bilik.
Ibuku menanyakan kepadaku, "Naim, dah makan ke belum". "Naim dah makan dah tadi dekat kolej", jawabku.
Aku pergi ke ruang tamu dan lalu membaringkan diri yang kepenatan ini ke atas sofa yang empuk dan mengalaskan kepalaku dengan sebuah bantal kecil. Sudah lama rasanya tidak menonton Astro, terasa juga jakun dihati ini, kerana selama ini aku hanya menonton tv yang kecil sahaja ketika aku dihostel. Ketika itu, aku sedang menonton cerita "The Closer" di channel yang baru DIVA(702), ke mana agaknya rancangan Hallmark?hmmmm..Best jugak aku melayan cerita ini, sehingga tidak sedar dua jam sudah berlalu. Setelah tamat menonton rancangan tersebut, aku masuk ke bilik dan membuka komputer riba aku. Diwaktu aku sedang seronok bersembang bersama kawan aku, tiba-tiba ibuku memanggilku untuk "lunch", tapi aku menolak, ibu aku tetap juga pelawa aku beberapa kali, tetapi aku masih menolak pelawaan ibuku. Aku bukan tidak sudi, cuma aku tiada selera untuk makan hari ini.
Jadi, sehingga sekarang aku telah menghabiskan masa terluangku hanya didepan komputer riba dan saya mengaku ia amat membosankan, jadi disebabkan situasi inilah terhasilnya sebuah jurnal pendek pada hari ini.
Posted by
NA'IMSYKR
0 comments:
Post a Comment