Awan bergerak senantiasa,
Bila gembira bersama,
Awan bertukar mendung,
Semua menjadi bingung.
Pepatah Melayu berkata,
Bagai aur dan tebing,
Bila amarah berkata,
Semua menjadi asing.
Dek kerana hati tiada ke temu,
Maaf menjadi tanda tanya,
Api menjadi pentunjukmu,
Emosi menjadi persoalannya.
Angin bayu meniup halus,
Berlalu ia menghembus abu ,
Tiada sangka hatimu lurus,
Menjadi hati berlagu pilu.
Burung-burung terbang tinggi,
Singgah lalu di tepi tasik,
Jangan biar hati menjadi sunyi,
kelak nanti ada yang berbisik.
0 comments:
Post a Comment